Mamasab diasaskan oleh Pn. Siti Sabrina bt Sobri atau lebih dikenali sebagai nama Mama Sabrina @ MamaSab. Beliau merupakan bekas radiographer disebuah hospital kerajaan yang bertempat di Lembah Klang.
Mama Sabrina memulakan perniagaan kek dan bakeri dari rumah beliau di Klang, pada tahun 2015. Pada waktu itu, Mama Sabrina banyak belajar resepi kek melalui kelas-kelas dan video youtube.
Demi mengembangkan perniagaan mamasab, Pn Sabrina sanggup belajar dari bermacam-macam guru pakar perniagaan di Malaysia. Alhamdulillah, cawangan Mamasab pertama di buka pada tahun 2018 di Petaling Jaya, dan dalam tempoh 3 tahun saja, Mamasab kini sudah memiliki 19 cawangan di seluruh Malaysia.